Image Banner

PERTANDINGAN KELAS PALING BERSIH DAN CERIA BAGI BULAN MAC 2019.

Menurut Ashmawi, al-Nazafah (النظافة) tidak hanya dapat diertikan bersih secara lahiriah, tapi juga bersih secara ma’nawiyah. (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/205) Ini berdasarkan hadith:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

Riwayat al-Tirmizi (2799)

Tahniah kepada 5 Niamah dan 2 Ilmu kerana berjaya menjadi pemenang pertandingan kelas paling bersih dan ceria bagi bulan Mac 2019.

Semoga menjadi pendorong kelas lain untuk menjadi lebih berjaya dalam pertandingan ini.

LAGI

KERJA-KERJA PEMASANGAN SENGKUAP PADA SEKITAR MAC 2015

Kerja-Kerja pemasangan sengkuap pada sekitar Mac 2015. Sumbangan anda membantu meningkatkan taraf kemudahan sekolah. Salurkan sumbangan anda kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah melalui:

Kompleks Pendidikan Al-Ummah Chepor
Bank Islam - (0809 501 000 6863)

Tabung Pembangunan Kompleks Al-Ummah
Maybank - (5584 3510 7703)

LAGI

MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEKOLAH ABIM KEBANGSAAN

Persembahan kawad Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang diketuai oleh adik Waqiuddin Ziyad bin Ahya Arif yang juga merupakan mantan murid Seri Al Ummah. Saksikan.....

Persembahan kawad kaki dari Kadet Remaja Sekolah (KRS) dari MAAHAD Al Ummah. Mereka merupakan juara pertandingan kawad Daerah Kinta Utara 3 tahun berturut-turut. Pasukan ini diketuai oleh Waqiudin b. Ahya Arif yang juga anak kepada Pengerusi BAKA/PIBG Maahad Al Ummah.

 

LAGI

USAH BERPUTUS ASA CUBA LAGI. FOKUS UNTUK MISSAK 2019.

SERIAU terkandas di pusingan kedua setelah kalah 2-1 ditangan Sk Pengakalan dan seri 0-0 ketika bertemu dgn Sk Bandar Baru Putra. InsyaAllah SERIAU akan bangkit dan fokus utk kejohanan Ihtifal ABIM Kebangsaan pada hari sabtu ini.

LAGI

KEJOHANAN BOLASEPAK MSSD KINTA UTARA 2019

Pagi ini bermulalah saingan peringkat kumpulan utk Kejohanan Bolasepak MSSD Kinta Utara 2019. Didoakan semoga pasukan SERIAU beroleh kemenangan dan mencapai target menjadi Johan Kumpulan.

Saingan kumpulan I :
SERIAU vs Sk Tasek
SERIAU vs Sk Jelapang
SERIAU vs Sra Imtiyaz

LAGI

TERIMA KASIH CARSEM S KERANA SUDI MENYUMBANG SET LAMPU KALIMANTANG

Terima kasih Carsem S kerana sudi menyumbang set lampu kalimantang. Semoga terus menyumbang kepada Seri Al Ummah bagi kemudahan murid-murid dalam menjalani proses pendidikan. Salurkan sumbangan anda kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah melalui:

Kompleks Pendidikan Al-Ummah Chepor
Bank Islam - (0809 501 000 6863)

Tabung Pembangunan Kompleks Al-Ummah
Maybank - (5584 3510 7703)

LAGI

Image News
Image News

Image Banner